Wednesday 14 December 2011

Kelebihan Roti Suria

Roti Suria tidak begitu dikenali di seluruh Malaysia namun ia terkenal di bahagian sebelah utara Malaysia iaitu di sekitar Kedah, Perlis, Penang. Walaupun Roti Suria tidak terkenal seperti syarikat roti lain di dalam industri makanan seperti Gardinea mahupun High5, tetapi syarikat Roti Suria ini mempunyai kelebihan tersendiri yang membolehkan ia mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang lain.

Antara kelebihan yang dimiliki syarikat ini ialah :

  1. Resepi Warisan (Roti Susu) - Roti Susu merupakan salah satu roti yang dihasilkan dimana ramuan dicipta sendiri oleh pengasasnya. Keistimewaan roti susu ini adalah penghasilan nya tidak menggunakan ekstrak susu malah menggunakan susu tepung sebenar yang membuatkan roti susu ini lebih sedap dan lembut untuk dimakan.
  2. Harga yang berpatutan - Harga roti yang dijual oleh syarikat Roti Suria adalah lebih murah berbanding harga roti lain yang berada di pasaran. Harga yang berpatutan ini merupakan salah satu kelebihan persaingan yang dimiliki oleh syarikat ini. 
  3. Dijamin Halal - Roti Suria ini mengamalkan cara pembuatan dan penghasilan yang bersih serta menggunakan bahan-bahan yang dibenarkan dan disahkan oleh pihak JAKIM dan kementerian kesihatan.
  4. Mudah didapati - Roti-roti yang dihasilkan mudah untuk diperolehi oleh masyarakat umum sekitar kawasan utara seperti negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment