Wednesday 14 December 2011

Kelebihan Roti Suria

Roti Suria tidak begitu dikenali di seluruh Malaysia namun ia terkenal di bahagian sebelah utara Malaysia iaitu di sekitar Kedah, Perlis, Penang. Walaupun Roti Suria tidak terkenal seperti syarikat roti lain di dalam industri makanan seperti Gardinea mahupun High5, tetapi syarikat Roti Suria ini mempunyai kelebihan tersendiri yang membolehkan ia mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang lain.

Antara kelebihan yang dimiliki syarikat ini ialah :

  1. Resepi Warisan (Roti Susu) - Roti Susu merupakan salah satu roti yang dihasilkan dimana ramuan dicipta sendiri oleh pengasasnya. Keistimewaan roti susu ini adalah penghasilan nya tidak menggunakan ekstrak susu malah menggunakan susu tepung sebenar yang membuatkan roti susu ini lebih sedap dan lembut untuk dimakan.
  2. Harga yang berpatutan - Harga roti yang dijual oleh syarikat Roti Suria adalah lebih murah berbanding harga roti lain yang berada di pasaran. Harga yang berpatutan ini merupakan salah satu kelebihan persaingan yang dimiliki oleh syarikat ini. 
  3. Dijamin Halal - Roti Suria ini mengamalkan cara pembuatan dan penghasilan yang bersih serta menggunakan bahan-bahan yang dibenarkan dan disahkan oleh pihak JAKIM dan kementerian kesihatan.
  4. Mudah didapati - Roti-roti yang dihasilkan mudah untuk diperolehi oleh masyarakat umum sekitar kawasan utara seperti negeri Kedah.

Jenis Produk

Roti Suria menghasilkan pelbagai jenis produk dan diantaranya ialah :



  1. Roti Susu
  2. Roti Kelapa
  3. Roti Kaya 
  4. Roti Manis 
  5. Roti Paund
  6. Roti Coklat
  7. Roti Kacang
  8. Roti Jagung
  9. Roti Planta
  10. Roti Kacang Kecil
  11. Roti Kelapa Kecil
  12. Roti Kaya Kecil
  13. Roti Burger Ekonomi
  14. Roti Burger Panjang
  15. Roti Lenga
  16. Mee Suria
  17. Kueh Teow


Roti Susu RM 2.30



Roti Planta x10 Rm 5.00




Kueh Teow RM 2.50



Roti Lenga RM 1.80

Latar Belakang


Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis jenama roti yang dipasarkan di dalam industri makanan. Roti Suria juga merupakan salah satu jenama roti yang telah lama berada di industri makanan khususnya di negeri Kedah. Namun, mengikut perkembangan erau masa kini,  pasaran Roti Suria diperkembangkan lagi ke negeri Perak dan juga Penang. Roti Suria sudah berada di pasaran selama 26 tahun dimana ia ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu Zainuddin Bin Mandzor Ahmad pada Julai 1987. Sekarang perniagaan ini diwarisi dan diambil alih oleh ahli keluarga sendiri iaitu En Mukhtar Ahmad bin Mandzor Ahmad.


En. Mukhtar Ahmad Bin Mandzor Ahmad


Lokasi kilang Roti Suria ini beralamat :
Kg. Tanah Merah Dalam
06000, Jitra
Kedah Darul Aman

No Tel : 04-9199005
No Fax : 04-9190105

Waktu Operasi : Sabtu hingga Khamis